L I F E . . .

"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched they must be felt with the heart"

Wednesday 27 February 2013

Anak Istimewaku...

Anak anugerah Allah yang tak terhingga bagi setiap pasangan yang diijab kabulkan..dalam masa sesingkat 9 tahun kehidupan bersama, kami di anugerahkan dengan 5 cahaya mata.
Anak sulungku diberi nama AHMAD BAIHAQI, diikuti AHMAD FIDAIE, seterusnya AHMAD UZAYRY dan kehadiran puteri sulungku AREESA TASNIM serta AREANA TASNIM dianugerah Ilahi sebagai peneman kakaknya.

Post ini aku tujukan buat anak keduaku..bergelar anak istimewa, AHMAD FIDAIE di diagnos sebagai kanak-kanak autistik. Pada awalnya terasa sedih menerima kenyataan ini namun apa pun yang menimpa, itu adalah takdir yang terbaik dari Allah.Aku mesti berfikiran positif.

Aku mula mencari maklumat tentang autisme. Apa sebenarnya, untuk membesarkan Fidaie..aku perlu faham keistimewaan yang ada padanya yang perlu aku tackle sebaik mungkin.Membesarkanya agak mencabar kerana tantrum nya yang kadang-kadang sukar untuk difahami.

Tahun ini, Fidaie sudah mula bersekolah, syukur kerana dia menunjukkan minat yang tinggi untuk bersekolah. Walaupun terpaksa menduduki kelas khas...itu bukan penghalang untuk Daie mempunyai masa depan yang cerah.Daie memang pandai melukis..dan aku rasa itu salah satu keistimewaan yang ada pada dia.Semoga Allah menganugerahkan masa depan yang cerah buat semua anak-anak ku...

Ahmad Fidaie (7 thn) - amat meminati ikan jerung

under water lives - by Ahmad Fidaie



Ahli Baru...2012

Alhamdulillah..rupanya bertambah lagi seorang ahli dalam keluarga kami, sang puteri anugerah Ilahi. Walaupun tak pernah menjangka yang kami akan menerima seorang lagi cahaya mata, tapi kehadiran ahli baru yang diberi nama AREANA TASNIM menambahkan lagi keceriaan keluarga kami.

Harapan, selepas ini dapatla umi berehat untuk selamanya...umi perlukan masa untuk membesarkan permata hati yang berlima ini.Comel si kecik ni se comel adik beradiknya yang lain.Hilang penat bila menatap wajahnya. :)

Areana Tasnim

Uzayr yang suka bermain ngan baby

mata bulat

Areesa Tasnim , Areana Tasnim ~ dua puteri penyeri hati umi dan abah

Sunday 29 January 2012

Tahun ke 8

Hmmmm...dah bersawang blog yg ku tuju buat suami dan anak2 yg di kasihi.... 21 jan 2012 ...genap 8 tahun usia perkahwinan aku bersama suami yg dirahmati...semoga cinta Allah sentiasa mengiringi cinta kami, insyaAllah akan ku cuba sedaya upaya menyemarakkan kasih sayang kami sekeluarga bersama cintaNYA.

Nak celebrate beria2 x der plak modalnya...cukupla umi main masak2 ngan anak2 di rumah...bila abah ada kita makan sesama....walaupun seboleh2nya hari2 makan sama..(kecuali time abah balik lewat sangat)..itu saja cara yang ada untuk berjemaah...semasa makan...sembahyang??? sesekali saje berjemaah, biasanya maghrib..insyaAllah akan diperbaiki lagi institusi rumah tangga ini agar lebih terjaga adabnya....

well...since 8 years past....i'm so happy with my GREAT life with family...we 're so rich with loves n joys!

Moga cintaku bersama si dia sampai ke syurga sana..suamiku, bimbinglah aku dan anak2 hingga ke syurgaNYA....

Wednesday 14 December 2011

Katak oh katak..

Sesampai je di kampung..anak2 excited nak turun kereta..blom sempat naik rumah tok meknya alih2 terjumpa plak seekor katak..apalagi ..berubahla kehidupan katak tu menjadi katak yang paling popular..masing2 berebut nak ambik gambar dengan katak..kecuali si Uzayr yang tetap maintain takut dengan serangga dan binatang.

Paling tak tahan melihat si Areesa yang memang tak kenal takut dengan apa sekalipun..semua nak dipegangnya, dan juga bakal pembuka zoo dan haiwan ternakan..Baihaqi..pantang jumpa serangga ke haiwan apa2 semua nak dipeliharanya...asal jumpa serangga mesti minta kebenaran nak pelihara...
sikap dia memang penyayang walaupun dengan seekor semut!

uzayr hanya berani jadi pemerhati
adik mula2 jadi pemerhati..sedang belajar skill mcmana nak pegang katak

berjaya!!

Friday 25 November 2011

Permata Hati

Anak-anak Permata Hati...Macam-macam ragam mereka..tak pernah kenal erti penat, melompat, berlari, menjerit.....waaaduuuh..naik pusing kepala ummi dibuatnya..anyway they are the most important things in my life.. 

Alhamdulillah..kerana sepantas kilat usia perkahwinan yang baru nak menjangkau 8 tahun..aku sudah dikurniakan empat permata hati....yang paling happy..aku dikurniakan 3 hero dan seorang puteri sebagai pelengkapnya...

Anak-anakku..walaupun ummi kadangkala cam singa tapi jauuuuh nun di sudut hati ummi...korangla segalanya...... :)

riang ria permata hatiku....

Wednesday 23 November 2011

Percubaan pertama..


Terima kasih kerana sudi menjengah..
Entah mimpi dari mana jatuh ke dalam kepalaku nak create blog..
Nak buat novel rasa tak mampu takut tak siap satu novel..dalam blog ni terpulang..
kalau rajin update..kalau tak bersawangla kat sini..Nak mencoret tentang apa pun tak tentu lagi..
Yang pasti tentang kehidupan kan..aku pasti yang menjengah blog ini punya kehidupan kan???
Jom!!! Sama kita kongsikan...

Search This Blog